ianya berasal daripada bahasa arab yang beerti guru.
ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya.
Seorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal.
Sebagai guru yang bersifat muallim,isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.
Murabbi
membawa maksud yang lebih luas ,melebihi tahap muallim
ia lebih menghayati & mengamalkan ilmu yang telah dipelajari
bahkan, lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu,sekali gus membentuk keperibadian,sikap & tabiat anak didiknya
Tugas murabbi lebih berlegar di hati
Muddaris
pengajar yang selari dengan perkataan guru
Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid
Guru boleh membantu murid untk hal yang tidak mereka ketahui dan faham
Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid
Mu’addib
(Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti.
Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor.
Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah.
Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan.
Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid
bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.
secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur.
bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin).
Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.
alQira'ah KUNCI pengetahuan
^ IQRA' ^ “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantara kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya” (QS Al ‘Alaq (96):1-5)
Membaca adalah kunci perubahan dan kunci ilmu pengetahuan.
Dari perubahan-perubahan itu ternyata diawali dengan “Iqra” (bacalah). Perintah membaca di sini tentu harus dimaknai bukan sebatas membaca lembaran-lembaran buku, melainkan juga membaca ‘buku’ dunia. Seperti membaca tanda-tanda kebesaran Allah. Membaca diri kita, alam semesta dan lain-lain. Berarti ayat tersebut memerintahakn kita untuk belajar dari mencari ilmu pengetahuan serta menjauhkan diri kita dari kebodohan.
Namun membaca yang mampu membawa kepada perubahan yang positif bagi kehidupan manusia bukanlah sembarang membaca, melainkan membaca ‘dengan menyebut nama Allah Yang Menciptakan’.
Dalam kajian Sayyid Quthb rahimahullah bahwa surat ini adalah surat pertama dari Al Qur’an, maka ia dimulai dengan Bismillah, dengan nama Allah. Dan Rasulullah saw pertama kali melangkah dalam berhubungan dengan Allah dan pertama kali menapaki jalan da’wah dengan Bimillah: “Iqra’ bismika rabbik”.
i'am murabbi
Siti Maryam Binti Musa
21 tahun Student IPG KPI Bangi, Selangor
Sentiasa berusaha mengishlahkan diri, membina peribadi, sebagai bakal murabbi ^_^